Pengalaman : Ujian Pra Perkhidmatan DBP - Pegawai Perancang Bahasa S41
Hi 😇 Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya menghadiri ujian praperkhidmatan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa S41 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya telah dimaklumkan oleh pihak DBP tentang ujian ini empat hari sebelum ia dilaksanakan. Melalui emel yang dihantar, saya dikehendaki menghadiri ujian tersebut di DBP Wilayah Utara kerana saya berasal daripada Kedah. Berikutan pandemik covid-19 yang melanda Malaysia pada masa ini, saya perlu membuat permit pergerakan untuk merentas negeri ke pusat ujian di DBP Wilayah Utara. Antara persediaan yang dilakukan oleh saya adalah dengan membaca latar belakang di DBP, akta dan peraturan DBP dan sebagainya. Saya juga membuat ulangkaji bagi analisis kesalahan tatabahasa. 📝 Sewaktu hari ujian: 🕗 Ujian bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. 📝 Para calon diberikan satu kertas soalan dan kertas untuk menjawab. 📝 Kertas soalan yang diberikan merangkumi beberapa bahagian, iaitu: 💜 a) Bahagian A : Soalan objektif - S...