Pengalaman : Ujian Pra Perkhidmatan DBP - Pegawai Perancang Bahasa S41
Hi 😇
Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya menghadiri ujian praperkhidmatan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa S41 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya telah dimaklumkan oleh pihak DBP tentang ujian ini empat hari sebelum ia dilaksanakan.
Melalui emel yang dihantar, saya dikehendaki menghadiri ujian tersebut di DBP Wilayah Utara kerana saya berasal daripada Kedah. Berikutan pandemik covid-19 yang melanda Malaysia pada masa ini, saya perlu membuat permit pergerakan untuk merentas negeri ke pusat ujian di DBP Wilayah Utara.
Antara persediaan yang dilakukan oleh saya adalah dengan membaca latar belakang di DBP, akta dan peraturan DBP dan sebagainya. Saya juga membuat ulangkaji bagi analisis kesalahan tatabahasa.
📝 Sewaktu hari ujian:
🕗 Ujian bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
📝 Para calon diberikan satu kertas soalan dan kertas untuk menjawab.
📝 Kertas soalan yang diberikan merangkumi beberapa bahagian, iaitu:
💜 a) Bahagian A : Soalan objektif - Skop soalan merangkumi bidang pengetahuan am. Soalan yang ditanya pada ketika itu berkisarkan tentang akta-akta bahasa, tokoh kemerdekaan dan sebagainya.
💙 b) Bahagian B : Soalan subjektif - Skop soalan merangkumi analisis kesalahan bahasa. Calon diminta mengenal pasti kesalahan bahasa dan membuat pembetulan semula.
💛 c) Bahagian C : Soalan karangan / esei - Calon diminta membuat sebuah karangan yang panjangnya sekitar 200 perkataan. Calon hanya perlu memilih satu daripada soalan yang dikemukan.
💚 d) Bahagian D : Soalan terjemahan - Calon diberi dua pilihan sama ada ingin menjawab soalan terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu ATAU membuat terjemahan tulisan jawi ke dalam rumi.
💓 e) Bahagian E : Soalan objektif - Skop soalan bahagian ini merangkumi soalan matematik. Calon dibenarkan menggunakan kalkulator.
Masa yang diberikan sebenarnya amat singkat untuk menjawab kesemua soalan. Oleh itu, calon perlu menjawab dengan sepantas mungkin.
Sekian, perkongsian dari saya.
Moga bermanfaat :)
Perkongsian bagus. Sdr dipanggil untuk temuduga lisan?
ReplyDeleteSo u dipanggil interview? Result exam dbp akan emel ker?
ReplyDeleteJadi Saudara dapat panggil temuduga? Any tips lain mengenai exam ni?
ReplyDeleteAwak dpt exam ni?
DeleteSy dpt 2 exam. Yg ni dengan pegawai tadbir.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteKeputusan dh dpt ke?
Delete